Ragbi Naib Johan Gombak




Assalamualaikum W.B.T 

" Gentar tak gentar dengan L.O.X  !!!" 


yeah !!! bertemu lagi dalam ruangan SUPREME !! hahaa  . segmen yang memaparkan kejayaan dan kegemilangan batch Legendz Of X ini sudah semestinya sekian lama dibiarkan kosong dan terbiar . Walaubagaimanapun , selepas warga LOX menunggu  secebis kemenangan pada tahun 2013 yang amat bermakna ini , akhirnya penantian kami tertunai jua apabila pasukan ragbi a.k.a ROVERS muncul sebagai naib juara bagi pertandingan Ragbi MSSD Gombak .Bagaimanakah perjalanan mereka ? 


JOURNEY MODE : START 

Kejohanan yang berlangsung pada 6 ,7 dan 8 Februari telah diadakan di SMK Lembah Keramat a.k.a KELLEYS ( memang nama sebenar ) . Sudah terang lagi bersuluh pertandingan ini amatlah ditunggu - tunggu  oleh pasukan ROVERS SEPINTAR di mana majoritinya merupakan ahli LOX . Hal ini kerana ( ayat karangan -..- ) pada saat inilah mereka dapat menonjolkan 

AKSI GAH,  AKSI GAGAH , AKSI SADO , AKSI TOUGH .
awww ~
sesi training 

training lagi !!

HADI selaku KAPTEN ROVERS mengetuai bacaan doa sebelum bertarung 


hatta apabila mereka turun ke gelanggang perlawanan yang teramat keramat pada peringkat kumpulan , 
maka inilah hasilnya / resultnya / recordnya ( pergh , ayat chemist ) 


ROVERS 43 vs SMK Selayang Baru 0
ROVERS 81 vs SM Setia Budi 0
ROVERS 43 vs SMK BTP 0
wow !!! hebat gilak abang - abang ROVERS !!
sekali lagi sorakan azimat dilaungkan


" Gentar tak gentar dengan L.O.X  !!!" 

setelah dinobatkan juara group , ROVERS melangkah jauh ke peringkat Quarter Final seterusnya Semi Final 

Quarter Final

ROVERS 39 vs SMK Sg Kertas 0

Semi Final

ROVERS 12 vs SMK Lembah Keramat 0




sejurus awan menangis menyaksikan kejayaan ROVERS , hujan turun dengan lebatnya . selebat cerita saudara KOJIQ dan saudara AIZARD . muahahahaha :D maka epik epik dramaTIK dan dramaTAIK pun bermula menyelubungi warga LOX di peringkat

FINAL
Gelanggang azimat KELLEYS ketika itu amatlah basah dek tuan rumah mengalami kekalahan yang memalukan kepada ROVERS . efek tangisan pemain mereka menyebabkan bola menjadi licin menyukarkan lagi perlawanan yang diidam - idamkan dan dinanti- nantikan semua pihak . Penyokong , pengadil , pemain dan jurulatih kesemuanya meletakkan fokus mereka 100% dan menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap perlawanan akhir ini .ROVERS akhirnya bertemu musuh seteru ~

INTEGOMB

Perlawanan dimulakan .Kelihatan on the pitch pasukan INTEGOMB sebagai pilihan juara menguasai permainan . Seperti yang dijangkakan , pemain- pemain yang rata ratanya berbadan GABAK GABAK begitu handal dan memberikan saingan yang sengit kepada pasukan ROVERS. 

PRITT !!!
Integomb try !! 5-0 .

tersedu . tersedak . terkesima kesemua mata yang memandang . terkejut apabila menyaksikan pasukan INTEGOMB berjaya menghasilkan try yang pertama dari bahagian hujung .Selepas berhempas pulas bertarung di atas gelanggang , berlawan bagai perwira , bagai pahlawan , akhirnya separuh masa pertama tamat dengan INTEGOMB mendahului di hadapan .

Separuh masa kedua dimulakan . ROVERS menguasai game dengan begitu bersemangat . ROVERS attack gila gila gila gila  . mengasak tanpa henti , penat tidak mengerti .namun masih tidak menemui sebarang jalan penyelesaian . BUNTU . KUSUT . strategi yang digunakan kesemuanya tidak berhasil . adakah perjalanan terhenti di sini sahaja ?ADAKAH ?

Permainan diteruskan . dengan tidak semena - semena ~

HADI TRY !!!
5-5 

maka dengan itu ROVERS meraih conversion . lantas saudara NurlHaq Shuhainor mengambil bola azimat dan  terus membuat sepakan . dan ....TERKENA PALANG . what the ..


selama ini saudara Haq tak pernah mengecewakan ROVERS . but , this is first time terkena palang !! sungguh , nasib baik tidak menyebelahi ROVERS . kesemuanya tercengang , tercingang . melopong melihat apa yang terjadi . seakan akan tidak percaya apa yang berlaku ."  MUSTAHIL ! " itulah kalimah yang kedengaran . namun , itulah yang dinamakan takdir . separuh masa kedua berakhir dengan SERI . bersambung ke segmen masa tambahan .  Hujan turun dengan sangat lebat seakan seakan memberi suatu petanda kepada ROVERS .Apabila bermulanya masa tambahan , INTEGOMB berjaya mendapat Sudden Death Try , maka keputusannya ~

ROVERS 5 vs INTEGOMB 10
sedih . kecewa . itulah yang mampu diungkapkan kapten pasukan ROVERS , saudara Abdul Hadi Azhar . namun beliau akhirnya dinobatkan sebagai PEMAIN TERBAIK GOMBAK . tahniah Hadi !!!


" inilah tugas saya sebagai seorang kapten . hehe "


dan ALHAMDULILLAH juga kerana LIMA BELAS orang pemain ROVERS terpilih untuk selection mewakili pasukan daerah Gombak  .

Nabil Nur Aiman
Adib Naufal 
NurlHaq Shuhainor
Syamir Khaidzir
Azlisyam Azman
Syazwan Ifwat
Fikri Yusri
Abdul Hadi Azhar
Hud Salleh
Muhd Dyatt
Irfan Nadzri
Irfan Khalil
Amirul Asyraf Rahman
Amirul Asyraf Afandi
Harith Syauqi 
itulah ROVERS . LAGENDA SELAMANYA .

Assalamualaikum W.B.T



















Love to hear what you think!