Ape Cite Olantianz...

Assalamualaikum...FUH...dah lame tak update blog ni...banyak cite sampai cuti akhir tahun ni...majlis HEM la,exam la,LKP la,sbp9la,msss dan macam2 lg...tu la die banyak ekspresi dan senario timbul dalam menjalani kehidupan di SEPINTAR ni...dengan kesempatan ni ana nak sampaikan satu tazkirah untuk memperbaiki serta meng'koreksi' diri kita yang tak sempurna ni

AKAL+IMAN+KUASA=SUKSES

betol ke teori yg ana utarakan ni??? ana yakin 100 % sahih dengan Izin-NYA..camni la citenye...

pada satu masa...adelah pertandingan diadakan oleh qariah kampung bagi memilih leader mereka.3 orang calon telah berjaya sampai ke final stage.calon 1st namanye KARIM.kuat,gagah,serta paling sasa dalam kampung itu sehingga digelar 'ASER'.dan calon kedua namenye KADIM.bijak,pintar,berakal seperti saudara SHAUQI JOHARA dan HADI AZHAR.sejak tadika hinggalah belajar di luar negara,tak pernah gagal.manakala calon ketiga dipanggil KASIM.die seperti KARIM dan KADIM,iaitu bijak dan kuat.

maka startlah pertandingan antara KARIM dan KADIM..mereka dikehendaki untuk buka satu pintu.si KARIM gelak besar dan riak kerna kuasanya..die lantas tarik pintu sekuat-kuatnye namun tak berjaye.pelik bin ajaib sampai orang kampung terlopong.sebaliknya si KADIM yang pintar ini membukanya dengan mudah dan simple.kemenangan jatuh kepada KADIM sebelum perlawanannya melawan si KASIM.orang ramai bertanya akan hal itu..lantas KADIM jawab,"napelah susah2 sangat??itukan pintu kereta,tarik camne pon tak gune..bukaklah gune kunci kereta"ternyata si KARIM disqualify dengan mudah

perlawanan bermula diantara si KADIM dan si KASIM.mereka diminta masuk satu terowong yang amat gelap.laluan mereka tersekat dek kayu balak yang menimpa.kedua2nye yang amat bijak mula mencari jalan penyelesaian.walaubagaimanapun,caranya hanyalah kena mengalihkan kau tersebut.si KASIM yang pandai dan kuat sememangya senang saja menolak kayu tersebut berbanding si KADIM yang hanya pintar tetapi x dapat berbuat apa2 kerna tak berdaye menolaknye..dan finally si KASIM dipilih sebagai ketua kampung

JADI,melalui kisah ini lantas kite dapat buat beberapa hipotesis .YANG PERTAMA..lumrahnye..kekuatan sememangya tak dapat menandingi akal samaada di dunia dan akhirat.sekuta manepon kite,sehebat mane pon kite,namun tiadanye gunanya jika akal tidak dapat dimanfaatkan.example yang senang saya beri adalah ISLAM pada zaman Rasululah S.A.W dan Khulafa'Ar-Rasyidin.perang khandaq kite dapat saksikan ketika Salman Al-Farisi menggunakan akalnye untok mencadangkan supaya parit digali di sekeliling Madinah.jikalau kita lihat dari segi jumlah tentera dan kelengkapan senjata,sememangnya kaum musyrikin memenangi perang tersebut.namun itulah buktinya AKAL jika disemai dengan IMAN mampu menandingi kekuatan semata-mata

NAMUN,janganlah kita lupa bahwa hipotesis kedua ialah kemenangan atau kejayaan seseorang juga bergantung kepada kekuatan tenaga dan kekuatan IMAN.akal yang cerdik dan cerdas tidak boleh digunakan sepenuhnye dan sebaik-baiknye tanpa kekuatan /kudrat.sebab itulah kenapa ALLAH S.W.T menyuruh kita menjaga IMAN,menuntut ILMU dan menjaga KESIHATAN...samalah tuntutan ini dengan teori AKAL+KUASA+IMAN=SUKSES

Oleh itu, marilah kita same2 kembali ke jalan-NYA yang Mustaqim dengan meningkatkan amalan mahmudah serta menstatikkan atau menambahkan iman yang tersemat di dalam jiwa.bukan itu sahaja,dosa-dosa yang dilakukan hendaklah kita hapuskan dan elakkan melalui TAUBAT NASUHA semoga kita diampunkan oleh ALLAH S.W.T.

WABIILAHI TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMULAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Love to hear what you think!