Suatu Penantian ...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu fenomena yang jarang dilihat mahupun didengar oleh telinga kasar. Fenomena ini telah menyebabkab suatu gegaran dan dentuman yang amat kuat bunyinya sehingga jejambat MRR2 boleh runtuh buat kali ke dua. Gegaran dan dentuman ini sungguh kencang sekali dek kerana suatu penantian yang dinanti-nanti bakal kunjung tiba pada tarikh keramat mungkin bagi sarwa LoX. Gegaran yang kencang semakin hari semakin kencang sehingga melangkaui kelajuan apa-apa sahaja tak kiralah cahaya,ribut dan petir iaitu selaju 3,000000000000 Km/s
. Sungguh tidak dijangka tetapi itulah hakikat bahawa jantung yang dimiliki oleh sarwa LoX ini boleh menghasilkan gegaran sehingga selaju dan sekuat ini kerana menunggu suatu penantian yang sugguh mendebarkan pada tarikh 22 Dec 2011.

Tarikh keramat 22 Dec 2011 merupakan tarikh keputusan Penilaian Menengah Rendah(PMR) akan diumumkan. Tidak kiralah nak ambil keputusan di sekolah mahupun melalui talian SMS, sarwa LoX pasti akan melalui detik-detik cemas ataupun demam atau selesema result mungkin sebelum tibanya hari tersebut iaitu sehelai slip keputusan akan diserahkan ke tangan calon-calon LoX.

Baru-baru ini seringkali tertera di kaca handphone yang tak seberapa canggih ini menyuruh untuk sarwa LoX mendoakan rakan-rakan yang lain untuk menggarap 9A bersama-sama. So, aku nak ambil peluang ni nak ucapkan selamat maju jaya dan berdoa untuk menggarap kegemilangan bersama-sama. Jadikan keputusan yang cemerlang ini sebagai peniup semangat untuk menempuh cabaran yang lebih getir pada masa yang akan datang ,InsyaAllah, kita sama-sama mendapat 9A. Jadi, ayuh kita gagahkan kaki dua kerat ini untuk melangkah ke dewan keramat untuk mengambil sehelai slip PMR yang tertera 9A's. Ayuh! Sama-sama kita lakukannya.

Peace! No war..

Love to hear what you think!