Akhbar Die Welt, Jerman Buat Liputan

Ada seorang wartawan terkemuka Jerman telah membuat liputan di sekolah kita yang telah dialih bahasa kepada Bahasa Melayu.









‘SUATU
PENANTIAN PENUH DEBARAN’


Debaran yang dirasai setanding derasnya bah di Pantai Timur


RAWANG, 5 DIS 2011: Berlaku satu insiden di sini melaporkan bahawa para pelajar tingkatan 3 SBPI Rawang kini sedang mengalami penyakit kemurungan yang luar biasa, menurut BERNAMA .Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan kemurungan yang dialami oleh mereka mungkin lebih parah jika dibandingkan dengan mangsa keruntuhan menara World Trade Centre (WTC) ,New York pada 11 September 2001 yang lalu .Namun, lebih menggusarkan lagi apabila mereka turut dilanda tabiat insomnia(sukar tidur) oleh sebab risau akan keputusan Penilaian Menengah Rendah 2011 yang bakal diumumkan tidak lama lagi .
Kerisauan yang mereka alami lebih cenderung kepada keputusan negatif lantaran tidak yakin ketika menduduki peperiksaan PMR di dewan keramat Al-Aqsa SEPINTAR, Oktober lalu .85 orang pelajar terdiri daripada 45 muslimin dan 40 muslimat kini runsing memikirkan beraneka macam alasan sekiranya gagal membuktikan kejayaan mereka iaitu 9A kepada ibu bapa dan para guru masing-masing .

Menurut salah seorang pelajar yang enggan dikenali, pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru SEPINTAR (PIBG’S) telah mensasarkan beberapa calon bagi pusat BG105 seperti Aina Farzana, Abdul Hadi, Nadia Ardilla dan Nurul Azzwa untuk tersenarai dalam rangking 10 Pelajar Terbaik PMR 2011 peringkat kebangsaan .Hal ini berikutan bagi mengulangi sejarah kejayaan yang pernah tercatat pada tahun 2006 .

Bukan sekadar itu, debaran turut dirasai oleh pengetua cemerlang SEPINTAR, Puan Hjh. Senaini bt. Long kerana pening memikirkan ganjaran yang harus diberikan kepada calon di sini .Ujar beliau lagi, para pelajar yang lebih dikenali sebagai organisasi Legendz of X ini telah mula menonjolkan spektrum sukses sejak Peperiksaan Pertengahan Tahun lagi sehingga Percubaan PMR JPS 2011 .”Saya cukup bangga dengan prestasi mereka,” katanya .Turut terkena tempiasnya juga oleh Yang di-Pertua PIBG’S, Tuan Hj. Zulkifli Baharom gara-gara terpaksa menggali tabung PIBG’S bagi membekalkan dana berupa pakej percutian ke lokasi misteri untuk kumpulan pelajar yang diketuai oleh Ahmad Abdul Mun’im b. Ismail .

Generalisasinya, keputusan yang selama ini terikat dengan tali rafia di Lembaga Peperiksaan bakal terungkai tidak lama lagi .Tidak kira subjek Bahasa, Sains mahupun Kemanusiaan, yang pasti 9A pasti digarap oleh setiap ahli Legendz of X seluruhnya ! -BERNAMA-






Love to hear what you think!