Dunia Baru ~

Assalamualaikum w.b.t

Sedar tidak sedar, dunia tingkatan 3 baru sahaja tamat. Tahun depan kita bakal menjejakkan kaki kita ke dunia baru iaitu dunia tingkatan 4. Orang kata bila dah naik tingkatan 4 ni, semua perkara yang kita alami semasa tingkatan 3 lain yang teramat. Perangai semua orang berubah jadi lain macam. Senang cerita semua orang akan mengalami suatu perubahan yang terlampau. Betul ke? Ana pun tak tahu apa yang akan berlaku pada tahun hadapan. Jadi nak tahu ke tak nak tahu ke, sama-samalah kita merasainya sendiri. Terpulanglah pada kita nak mencorakkan tahun hadapan dengan peristiwa manis atau pahit. Harap-harap manis yang banyak.


Ini la dunia baru kita ~ Ngee

Orait, bersempena dengan Maal Hijrah 1433 dan Tahun Baru Masihi 2012 yang bakal kunjung tiba...
Antara perkara yang mesti di checklist dulu :

1) Berubah daripada baik menjadi yang lebih baik punyer
2) Azam baru 3.0
3) Perkara yang ingin dicapai dalam tahun 2012
4) Kamceng dengan rakan F4 baru



Jadi, tentunya masih ada banyak lagi perkara yang nak kena check untuk kita melangkah ke dunia yang serba baru lagi moden. Tak semestinya perkara di atas saja yang perlu di check, benda lain pun kena check jugak. Ikut citarasa masing-masing la nak buat apa-apa pun. Asalkan berubah menjadi yang terbaek dalam kalangan yang terbaek.

Ok, ana nak kongsi sedikit apa yang perlu dipupuk dalam diri kita sebagai remaja atau lebih sedap jika digelar sebagai pemuda. First of all, Imam Hassan Al-Banna ada menyenaraikan ingredient2 yang perlu ada dalam diri pemuda.

1) Keikhlasan
2) Keyakinan
3) Semangat
4) Tindakan

Alright, *sudah ada torchlight nak guna lilin, ingredient2 tersebut meme (memang) dah ada dalam diri kita yakni pemuda. Cuma berapa ramaikah mereka ini menggunakan bahan2 tersebut ke arah yang lebih baik? Ha, itu dia persoalannya. Jadi, pemuda yang masih berdarah muda ini yang mempunyai sifat ingin tahu, suka mencuba perkara yang pelik-pelik, buat benda pelik-pelik, memang sesuai untuk kita menggaulkan sehingga sebati 4 ingredient tersebut dalam satu acuan merah yakni sekeping hati yang terletak pada jasad-jasad anda semua. Siapa anda semua tu? KITA la semua tu. Ana percaya semua masih lagi dalam golongan muda-mudi tonggak negara, tak ada seorang pun yang dah tua. Kan? Kan?

Haa, jadinya, jika kita hendak buat sesuatu, buat la dengan sepenuh ikhlas semata-mata kerana Allah disertai dengan keyakinan sehingga perkara yang hendak dibuat membuahkan semangat seterusnya dapat dizahirkan dengan tindakan anda semua.

Jika kita dapat pupuk 4 ciri tersebut dalam diri kita, InshaAlah, segala urusan, sebarang pertelingkahan, segulung amanah yang telah diberi, atau apa-apa yang membebankan kita, moga-moga, Allah permudahkan..

Sedikit renungan buat diriku yang mudah lupa,


Imam Ghazali pernah mengatakan :

" Sekiranya kamu ingin melihat kegemilangan pada hari esok, lihatlah pemudanya pada hari ini "

Akhirul kalam,
" Janganlah sesekali kita membenci manusia, tetapi cukuplah sekadar kita membenci sikapnya. "

Assalamualaikum w.b.t

Love to hear what you think!