Trial Oh Trial !!

salam ramadhan salam 1 INOVASI.

berlabuh tirai sudah peperiksaan percubaan sekolah berasrama penuh bagi tahun ni. banyak komen yang saya dengar dari membe-membe...senanglah,payahlah,ciritlah,senggugutlah (irfan maruan cakap, jangan pangkah aku )terlalu banyak komen yang timbul lepas habisnya menempuhi pahit manis payau exam yang mendebarkan ini

denga cite (kan aizard kan?) trial negeri insya-ALLAH akan dilangsungkan tak lama lagi ...bukannya batal ye..bagi saya,periksa paling perit sekali bahasa inggeris dengan sains..tak tau lak korang macammane..kalau tak silap saya ade paper yang ahli L.O.X yang tahu resultnye..mari kita same2 hitung final resultnye nanti..bukan sahaja result trial ni, tapi ape yang penting exam keramat PMR nanti yang patut dititikberatkan..

satu malam time saya lepak dengan membe di Biru 4 Aspura ( tak silap munim ngan acaman kot) saya bace r satu majalah ni..baru lagi..namanya GEN Q a.k.a Generasi Al-Quran..selak2 best la plak sebab design dalamnya semuanya menarik perhatian la..berbaloi la tuan buku ni beli 7 inggit.tapi lagi berbaloi kot pinjam orang.haha.selak punya selak..satu page ni telah menarik aroma dan deria serta nafsu saya untuk baca seluruh isi isu yang terpapar tu..tajuk die lebih kurang camni r bunyinya..sori r takde bunyi (jangan pangkah)..oklah lebih kurang ini lah tajuknye


HIDUP NI UNTUK PERIKSA?
tafsiran pertama saya pandang tajuk ni je saya ingatkan die pesan supaya jangan taksub dengan exam sekarang..rupa2nya ade maksud yang lebih 'detail' yang ingin disampaikan.memang sahih.memang benar.sebenarnya daripada kita di alam roh hingga dalam perut ibu hinggalh wujud di mayapada fana ini merupakan satu 'exam' kita sebelum disemak ALLAH S.W.T.mudahnya hidup kita ibarat exam. malaikat pula ibarat pengawas peperiksaan yang sentiasa membantu lembaga peperiksaan agung yakni Allah S.W.T dan kekuasaan-Nya dan kita pulak ibarat calon exam tersebut.dan tak lain tak bukan dunia ini dewan exam kita. segala amalan yakni jawapan exam yang diberikan akan disemak dengan teliti dan akhirnya Allah akan menentukan gred 'exam' kita di akhirat kelak.siapakah yang membantu kita bersedia menghadapi exam agung ni?jawapannya tentunya ibu bapa,guru dan rakan2 kita yang sentiasa mempengaruhi fikiran kita dalam menjawab exam ALLAH .\

marilah kita sama2 ambil pengajaran dan iktibar dari ilmu yang disampaikan ...supaya kesemua ahli L.O.X dan ummat ISLAM akan mendapat gred A+ sepanjang menduduki exam terpanjang ini

sekian daripada saya

INOVASILAH DIRIMU SEBELUM KAMU DIINOVASIKAN
syukran jazilan mubarak,
Syam_Risman


dua logo yang digeruni pelajar (ye ke?)


majalah GEN-Q 1001 pedoman

Love to hear what you think!