~ RAMADAN ~ realiti atau fantasi ...?

Ketak ketum ketak ketum... eh dah ramadan? firdaus bermonolog. haha, oi teman2 ku! dah prepare ke belum nak berPUASA...? memang ana tau bila sebut je puasa, semua orang mindanya tertanye - tanye, cukup ke aku puase tahun ni...? ehem, yang tak cukup tu, pandai2 la ganti ye...!!

Dalam bulan yang penuh dengan 1001 barakah ni, komuniti L.O.X begitu teruja kerana dalam bulan ni, perihal balik bermalam hanya sayup2 kedengaran di gegendang telinga sahaja untuk calon2 PMR dan SPM 2011, ape tidaknye, hari2 ditempuhi dengan sepenuh kudrat untuk menghadirkan diri ke kelas dengan lebih AWAL seperti yang telah diceritakan jadualnya oleh saudara A.Aizat Azlan. Mungkin hal ini hanya imaginasi yang perlu direalisasikan oleh pelajarnya sendiri, kalau tidak, masakan peristiwa awal ke kelas ini nak jadi. Jumaat, Sabtu dan Ahad menjadikan calon2 L.o.x memiliki suatu penyakit yakni penyakit TRAUMATISME yakni takut atau senang cite malas untuk ke sebuah gedung yang dipenuhi dengan ilmu yakni kelas yang lain tak bukan di bilik yang penuh dengan misteri yakni bilik seminar. Komuniti sepintar khususnya L.o.x hanya mampu untuk menyuarakan luahan sanubari mereka untuk balik bermalam di alam fantasi sahaja tanpa boleh mengapresiasikan di dunia realiti.

tap, tap, tap..... Baru je habis kelas BM bersama guru yang begitu dedikasi, Pn Intan yang melepaskan kami lebih awal daripada hari - hari sebelum ini, tiba - tiba, ahli L.o.x sungguh terkesima dengan satu pekikan yang amat la dahsyat, " Yeay! Balik2, Boleh Balik " teriak pelajar F3 yang telah selesai bermandi peluh bermain futsal di dataran Raudhah. ( kantoi2x ). Ada yang cakap, "Eh, sahih ke cerita ni? Kalau betul boleh aku jumpa kakak aku" exco ikmal hisham cakap sorang2... hehe. Lepas tu, majoriti pakat ambil kad BBM untuk ditanda tangani oleh warden yang begitu memahami isi hati pelajarnya sendiri iaitu Sensei Latifah empunya diri.

Ha..! Dahulunya asrama yang penuh dengan pelajarnya dari seantero dunia sampai bilik tv pun sudah tiada, sekelip mata je dah sifar, kosong, sunyi dan suram.. Yang mengindahkan suasana hanyalah legasi Thailand yang masih setia dan tak mahu balik2 dari bumi Sepintar ini. Kini, impian yang dahulunya hanya imaginasi sudahpun betul - betul terjadi, ahli2 L.o.x dapat meraikan Ramadan dengan mengetahui erti sebenar berbuka puasa bersama - sama dengan famili masing - masing saat azan sudahpun dilaungkan di ceruk - ceruk angkasa. Fuhh, lazatnya berbuka bersama keluarga.


Okeh, dah selesai pun mukaddimahnye, sekarang nak masuk tajuk dan isinya.

Sebenonye, ma makna Ramadan? Ramadan ni ialah suatu bulan yang mana dalam bulan ini mempunyai barakah. Adakah Ramadan ni macam kain lepas pakai buang, lepas pakai buang? haha, kalau camtu tak ada yang istimewa la bulan Ramadan ni. Apa Ramadan ni sebanarnya? Faktual ada mengatakan bahawa dalam bulan Ramadan ni banyak benda atau barakah yang kita tahu tapi tak tahu nak praktikkan dalam meniti hari2 yang dilalui. Majoriti sahabat2 tahu dalam bulan ini ada Lailatul Qadr, tapi tak berusaha untuk mencarinya, doa dalam bulan ini amatlah dimakbulkan insyaAllah, tetapi, berapa ramai sangatkah yang berdoa untuk manfaat diri sendiri dan orang lain, sememangnya, memang banyak lagi kelebihan dan manfaat dalam bulan Ramadan sampai nak cerita sampai habis air liur ni pun tak kan habis pun.

Ha, bangun tidur bangun tidur, dah hari ke-7 kita berpuasa, tinggal lagi 22 hari sahaja lagi kita kena berpuasa. Nanti kalau Ramadan dah tinggalkan kita, baru terasa ruginya. Pesanan penaja, jom ramai2 kita mengimarahkan bulan Ramadan ini dengan berQiamullail dan berdoa mohon supaya kita sama - sama menggarap zenit wijaya yakni mendapat 85 orang 9A seterusnya mencatat sejarah selaku legendz di arena SEPINTAR. Increasekan amalan, decreasekan kontroversian. Akhirul kalam, terimalah bait - bait lagu Fitrah Murni yang telah digubah khas buat sahabat-sahabat semua.

C/o

Ayuh, insan bangkit segera,
laksanakanlah puasa dengan seikhlasnya,
insyaAllah Allah akan bantu kita,
di dunia dan di akhirat sana

Jadinya,
tempuhilah segala cabaran dan dugaan dengan senyuman yang amat mempesonakan dan menggiurkan...


pilih la nak senyum macam apa pun... asalkan
' SENYUM '


Akhirul kalam, sampai di sini sahaja lah coretan ana,
Ana yakni : mun'im'z ismail'z



Love to hear what you think!