Mesin Perkasa




salam semua...

kejayaan dan kegemilangan berterusan ritmanya di dalam Legendz Of X .sebahagian pahlawan gagah perwira kita berjaya mencalit haruman kebanggaan dalam sukan prima SBP yakni ragbi pada bulan Mei yang lalu.senario fantastika ini terbit tatkala skuad U-15 SEPINTAR yang terbina dari majoriti ahli L.O.X berjaya menggapai gelaran RAJA GOMBAK.anugerah terulung ini dikurnia setelah muncul johan pertandingan ragbi MSSD GOMBAK yang rancak bertapak di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak a.k.a INTEGOMB (memang nama sebenar).

namun,keputusan terdapat masalah teknikal.walaubagaimanapun tidak mengapa kerna apa yang seyogia dibicarakan ketika mereka sekali lagi beroleh tempat ke-3 dalam ragbi MSSS yang berlangsung di Sekolah Tunku Ampuan Jemaah,Klang .perkara ini juga telah menaikkan mutu ragbi SEPINTAR sehingga digeruni lawan setiap kali pertarungan.

Abstrak terluah sudah, moh kita semua gunakan deria visual kita untuk membaca agenda bersejarah ini:

SEPINTAR VS INTERSABER
20 - 0
SEPINTAR VS GEORGE
'MENANG' 'TEWAS'

SEPINTAR VS LASALE
40 - 0
SEPINTAR VS SEVENS
20 - 10

SEPARUH AKHIR CUP

SEPINTAR VS SEMASHUR
'TEWAS' 'MENANG'

3-4 CUP

SEPINTAR VS INTEGOMB
5 - 0

ha..amacam puas sudah ???menurut fulbacak terbaik GOMBAK,Azlisyam Azman,kemenangan hakiki mereka antaranya disebabkan faktor kelajuan yang ekstrim dan terlampau maksima khususnya pemain yang berentap di posisi winger,Muhd Syamir Muhd Khaidzir.rekod emas ini merupakan titik tolak sebagai persediaan mereka dalam SBP Tens kelak.Intiha yang diluah dari lubuk jiwa Adib Naufal,mengatakan bahawa mereka sekiranya diberi peluang lagi,usaha yang lebih mampat akan beliau gandakan lagi untuk merealisasikan impian mereka untuk menjadi juara MSSM.Insya-Allah.

Sekian laporan daripada saya,

Syam_Risman 1330
dibantu saterawan negara,
Muhd.Syauqi Iman Razali

Terima kasih dan semoga 9A 100% dalam PMR...



Love to hear what you think!