Kawad Kaki KRS JOHAN GOMBAK




assalamualaikum dan salam sejahtera semua....berita yang amat3 membanggakan apabila platun putera kawad kaki KRS SEPINTAR telah mengungguli anugerah kawad asas terbaik,kawad formasi terbaik serta juara kesuluruhan bagi pertandingan kawad kaki KRS daerah gombak yang diadakan pada .. ( tak tau tak tau )


Kehadiran yang lewat sedikit akibat hujan tidak mematahkan semangat wira-wira untuk menyertai kejohanan ini yang bertempat di SMK Seri Selayang dan SMK Taman Selayang.memperoleh undian yang ke-7 lebih membakar semangat satria-satria kita untuk mempersembahkan aksi yang terbaik.

senario ini lebih membanggakan tatkala 8 daripada ahli batch Legendz Of X merupakan kadet yang menyertai pertandingan tersebut iaitu:

Ikmal Hisham Bin Sulaiman Bukhari
Darisyam Bin Darisman
Adam Rabbani Bin Azmi
Ahmad Shauqi Bin Johara
Muhd.Irfan Bin Maruan
Fathy Hamdi Bin Taufek
Muhammad Khairul Zaim Bin Ariffin
Muhd.Nurul Hisyam Bin Yunus
Shaza Najmi Bin Shamri

menurut penanda terbaik bagi platun putera KRS SEPINTAR,saudara Fathy Hamdi,pada mulanya perasaan gementar terpancar pada wajah masing-masing namun atas semangat yang sentiasa ditiup rakan-rakan dan abang-abang,semangat yang terkurung dalam kudrat bersemarak lantas menjadi faktor kejayaan mereka menandingi sekolah-sekolah lain.Berdasarkan solusi yang disimpulkan saudara Muhd.Irfan,pertandingan ini sememangnya memberikan satu penunjuk sebagai penanda aras mereka dalam pertandingan kawad kaki KRS peringkat negeri SELANGOR yang akan berlangsung pada 15 JUN 2011.

sekian,wassalam

Syam_Risman 1330


p/s: sori zaim..gambar ekau xde...

Love to hear what you think!