Ketua L.O.X The Best Wicket Keeper


salam W.B.T kepada ahli EO2 sekalian..siapa tak kenal si mamat yang merupakan president kita,Ahmad Abdul Mun'im Bin Ismail?buat pengetahuan semua,beliau bersama -sama saudara Mohamad Nur Aizard Bin Azlan dan Muhd.Nahwan Nafis Bin Abd. Rahman telah menyertai MSSD Gombak dan Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah Peringkat Zon Tengah yang kedua-duanya belangsung hanya selang beberapa minggu sahaja.


Tahniah buat mereka kerana dalam MSSD Gombak mereka telah meraih tempat ke-2 manakala di peringkat SBP Zon Tengah mereka berjaya menduduki tempat ke-3 .berikut adalah laporan pertandingan KPTSHASSBP Zon Tengah.(puiihhh..terbelit2 eden nak menyebutnya):

2/3/2011 (Rabu)

Hari pertama pertandingan SEPINTAR menang tipis dengan SM Sains Selangor 64-63
perlawanan yang begitu sengit ini sudah tentunya memberi motivasi yang vital untuk perlawanan seterusnya

3/3/2011(Khamis)

Hari kedua SEPINTAR menang menentang SM Sains Alam Shah dan SMAP Kajang,seterusnya mereka meneruskan reputasi gemilang mereka dengan mengalahkan Maktab Tentera Diraja
dan muncul sebagai johan kumpulan

4/3/2011 (Jumaat)

kini tiba di peringkat separuh akhir yang bakal menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat akhir kejohanan ini.Malangnya akhirnya berbau,menang dan kalah adat pertarungan,bumi mana yang tak ditimpa hujan batu(sssshhhhhhhhhh!!!)pasukan SEPINTAR akhirnya tewas kepada pasukan SM Sains Kuala Selangor.keputusan ini menempatkan SEPINTAR dalam perlawanan mendapat tempat 3/4.

5/3/2011(Sabtu)

Akhirnya SEPINTAR telah cemerlang menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah dan meraih kedudukan ke-3 di peringkat SBP Zon Tengah.

Kedukaan pasukan ini juga terubat jua apabila saudara Mun'im telah diumumkan sebagai Best Wicket Keeper dan beberapa pemain SEPINTAR mendapat pemain terbaik perlawanan.
Kejayaan ini sebenarnya amatlah mendatangkan kebanggaan yang amat besar kepada ahli EO2
kerana 'leader' kita telah menyemai sifat gigih dan berusaha dalam jiwa diri masing-masing

sekian,wasalam

syam-risman1330




Love to hear what you think!